Kita sering mendengar bahawa kaum wanita merupakan kaum yang lemah, tetapi tahukah kita disebalik kelemahan wanita terselit jua pelbagai keistimewaan. Ini menunjukkan betapa pemurahnya Allah. Oleh itu, kita perlu bersyukur atas segala nikmat yang telah diberi. Antara keistimewaan wanita ialah :
1. Doa wanita lebih makbul daripada lelaki kerana lebih penyayang dari lelaki. Ini berdasarkan sabda Rasulullah yang bermaksud, "ibu lebih penyayang daripada bapa dan doa orang yang penyayang tidak akan sia-sia"
2. Wanita solehah lebih baik daripada 1,000 orang lelaki yang tidak soleh.
3. Seorang wanita solehah lebih baik daripada 70 orang wali.
4. Seorang wanita solehah lebih baik daripada 70 orang lelaki soleh.
5. Sesiapa yang menggembirakan anak perempuannya, maka darjatnya umpama orang yang sentiasa menangis kerana takutkan Allah dan orang yang takutkan Allah akan diharamkan api neraka ke atas tubuhnya.
6. Sesiapa yang membawa makanan untuk keluarganya, maka pahalanya sama seperti bersedekah. Hendaklah mendahulukan anak perempuannya daripada anak lelakinya. Maka sesiapa yang menyukakan anak perempuannya seolah-olah dia memerdekakan anak Nabi Ismail a.s.
7. Haidh seorang wanita menjadi penebus dosanya yang lalu. Jika pada hari pertama haidhnya dia membaca "Alhamdulillahi'alaa Kulli Halin Wa Astaghfirullah", maka Allah akan membebaskannya dari neraka dan dengan mudah melalui shiratul mustaqim dengan aman dari seksa. Bahkan Allah akan mengangkat darjatnya sama seperti darjat 40 orang syuhada' apabila dia selalu berzikir kepada Allah selama haidhnya.
8. Sabda Rasulullah s.a.w, "wanita yang tinggal bersama anak-anaknya akan tinggal bersama aku di dalam syurga."
9. Sesiapa yang bersikap ihsan dan mendidik anak perempuan atau saudara perempuan dengan penuh rasa taqwa dan tanggugjawab, maka baginya adalah syurga.
10. Daripada Aisya r.a : "sesiapa yang diuji dengan sesuatu daripada anak-anak perempuannya, lalu dia berbuat baik kepada mereka, maka mereka akan menjadi penghalang baginya daripada api neraka."
11. Syurga di bawah telapak kaki ibu.
12. Apabila dua orang ibubapamu memanggilmu, maka jawablah panggilan ibumu dahulu.
13. Seseorang wanita yang taat berkhidmat kepada suaminya akan tertutup pintu-pintu neraka dan terbuka pintu-pintu syurga. Masuklah dia dari mana-mana pintu yang dia kehendaki tanpa dihisab.
14. Seorang wanita yang mentaati suaminya (serta menjaga solatnya dan puasanya), semua ikan di laut, burung di udara, malaikat di langit, matahari dan bulan akan beristighfar untuknya selama dia mentaati suami dan meredhainya.
15. Aisyah r.a berkata :" aku bertanya kepada Rasulullah s.a.w siapakah yang lebih besar haknya terhadap seorang wanita?" jawab baginda, "suaminya." "siapa pula yang berhak terhadap seorang lelaki?" jawab Rasulullah s.a.w, "ibunya."
16. Apabila seorang wanita mengerjakan solat lima waktu, berpuasa di bulan Ramadhan, memelihara kehormatan serta mentaati suaminya, maka pasti akan masuk syurga dari mana-mana pintu yang dikehendakinya.
17. Allah akan memasukkan setiap wanita yang membantu suaminya dalam urusan agama ke dalam syurga lebih dahulu daripada suaminya.
18. Apabila seorang wanita hamil, maka beristighfarlah para malaikat untuknya. Allah s.w.t akan mencatatkan baginya setiap hari dengan 1,000 kebaikan dan menghapuskan darinya 1,000 kejahatan.
19. 2 rakaat solat seorang wanita hamil adalah lebih baik daripada 80 rakaat solat wanita yang tidak hamil.
20. Wanita yang hamil akan mendapat pahala puasa pada siang hari.
21. Wanita yang hamil akan mendapat pahala ibadat di malam hari.
22. Apabila seseorang wanita mulai sakit hendak bersalin, maka Allah s.w.t akan mencatatkan baginya pahala orang yang berjihad di jalan Allah.
23. Wanita yang bersalin akan mendapat pahala 70 tahun solat dan puasa dan setiap kesakitan pada satu uratnya akan dikurniakan oleh Allah s.w.t satu pahala haji.
24. Apabila seseorang wanita melahirkan anak, keluarlah dia daripada dosa-dosa seperti keadaan ibunya melahirkannya.
25. Sekiranya seorang wanita meninggal dunia di dalam tempoh 40 hari selepas bersalin, dia akan dikira sebagai mati syahid.
26. Seorang wanita yang menyusukan anaknya dengan susunya sendiri akan mendapat satu pahala dari setiap titis susu yang diberikannya.
27. Jika seorang wanita menyusukan anaknya sehingga cukup tempoh (2 1/2 tahun), maka malaikat-malaikat di langit akan mengkhabarkan berita gembira bahawa syurga wajib baginya.
28. Jika seorang wanita menyusukan anaknya yang menangis, maka Allah s.w.t akan memberikan pahala 1 tahun solat dan puasa.
29. Seorang wanita yang menghabiskan malamnya dengan tidur yang tidak selesa kerana menjaga anaknya yang sakit akan mendapat pahala seperti membebaskan 20 orang hamba dan dosa-dosanya akan diampunkan oleh Allah s.w.t.
30. Seorang wanita yang menghiburkan hati anaknya, maka Allah s.w.t akan memberikan 12 tahun pahala ibadat kepadanya.
31. Apabila seorang wanita mencuci pakaian suaminya, maka Allah s.w.t akan mencatatkan 1,000 kebaikan dan mengampunkan 2,000 kesalahannya. Bahkan segala sesuatu yang disinari matahari akan meminta keampunan baginya dan Allah akan mengangkat 1,000 darjat untuknya.
32. Seorang wanita yang melayani suaminya selama seminggu, maka ditutupkan baginya 7 pintu neraka dan dibukakan 8 pintu syurga yang akan dimasukinya dari mana-mana pintu tanpa dihisab.
33. Seorang wanita yang menunggu suaminya pulang ke rumah, dibersihkan mukanya, dihamparkan alas duduknya, disediakan makan minumnya, direnung dan dipegang tangan suaminya dengan kasih-sayang, diperelokkan hidangannya, dipelihara anak-anaknya dan dimanfaatkan hartanya untuk suaminya demi mencari keredhaan Allah s.w.t, maka disunatkan baginya akan setiap ucapan, langkah dan pada suaminya seperti memerdekakan seorang hamba. Pada hari Qiamat nanti, Allah s.w.t akan mengurniakan Nur sehingga tercengang semua wanita atas kurniaan rahmat itu. Tiada seorang pun yang sampai ke martabat itu melainkan nabi-nabi.
34. Tidak akan putus ganjaran dari Allah s.w.t kepada seorang wanita yang siang dan malamnya menggembirakan suaminya.
35. Seorang wanita yang melihat suaminya dengan kasih sayang dan seorang lelaki yang melihat isterinya dengan kasih sayang akan dipandang Allah s.w.t dengan penuh rahmat.
36. Seorang wanita yang melayan suaminya tanpa khianat akan mendapat pahala 12 tahun solat.
37. Seorang wanita yang melayan suaminya yang pulang ke rumah di dalam keadaan letih dengan baik akan mendapat pahala jihad.